Tuesday, October 6, 2015

e-folio Pengajian Malaysia

Tajuk:KAJIAN HAK-HAK PERHIMPUNAN DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA(PERATURAN DAN KESAN)


Nama:
1)MUHAMMAD FAISAL BIN BADDRUL SHAM (02DEE15F1143)
            2)UKASYAH BIN ROSLI (02DEE15F1064)
            3)MUHAMMAD FAHMI IZZUDDIN BIN NOR-MAN (02DEE15F1118)
            4)MUHAMMAD RIDZUAN BIN MOHD NOOR (02DEE15F1134)
             5)NIK MUHAMAD AZRI BIN NIK AZMAN (02DEE15F1009)

Program:DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

Sesi:JUN 2015

Jabatan:KEJURUTERAAN ELEKTRIK

Nama pensyarah:PUAN RAZANA BINTI MOHD KASIM

KAJIAN HAK-HAK PERHIMPUNAN DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA(KEPENTINGAN DAN KESAN)


Pengenalan

Hak untuk berhimpun merupakan salah satu daripada hak asasi manusia dan telah termaktub dalam perlembagaan.Semua warganegara Malaysia diberi kebebasan untuk berhimpun.Tajuk ini merangkumi kepentingan dan kesan mengadakan sesebuah perhimpunan serta membincangkan akta perhimpunan yang diguna pakai sebagai garis panduan bagi masyarakat atau rakyat di Malaysia bagi menganjur atau menyertai perhimpunan.

Hak perhimpunan dalam perlembagaan

Hak atau kebebasan bercakap,berhimpun dan menubuhkan persatuan jelas dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia (PERKARA 10) iaitu peruntukan kebebasan kepada semua warganegara Malaysia.



 Tetapi,parlimen boleh mengenakan sekatan yang difikirkan perlu untuk:
1.                 Menjaga keselamatan persekutuan atau mana-mana bahagian persekutuan dengan negeri-negeri lain untuk ketenteraman awam.
2.                 Melindungi keistimewaan Majlis Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).
3.                 Mengelakkan penghinaan terhadap mahkamah dan perbuatan yang boleh menimbulkan penentangan terhadap kerajaan.
Di parlimen telah berlaku pindaan dengan mewujudkan Akta (pindaan) Perlembagaan 1971,Akta 30 yang berkuatkuasa 10 MAC 1971 yang menjadikannya suatu hasutan atau jenayah kepada sesiapa yang mewmpersoal isu sensitif.

Kepentingan
1)Menyuarakan hak sesuatu bangsa atau masyarakat.

Malaysia merupakan negara yang mempunyai pelbagai adat dan tradisi kerana terdapat masyarakat yang berbilang bangsa dan agama.Oleh itu,perhimpunan boleh dijadikan sebagai tapak untuk bersuara.Contohnya, masyarakat Islam mementingkan makanan HALAL untuk memenuhi tuntutan.

2)Mewujudkan masyarakat yang produktif.

Masyarakat yang berkualiti akan sentiasa peka mengenai sesebuh isu yang terjadi.Melalui perhimpunan,masyarakat boleh bersuara seperti Perhimpunan Aman pro-Palestin yang diadakan di Dataran Merdeka pada 2 Ogos 2014 iaitu bagi menyuarakan kekejaman askar Israel yang menyerang penduduk Palestin tanpa henti yang bermula pada awal Ramadhan 2014.Secara tidak langsung,perhimpunan ini menjadikan masyarakat saling berganding bahu antara satu sama lain.


(Suasana Perhimpunan Aman pro-Palestin di Dataran Merdeka)

3)Hak mendapat maklumat dan kebenaran.

Melalui suara rakyat yang ingin mengetahui perkembangan mengenai status mengenai isu hangat seperti harga minyak atau rasuah yang sering dimainkan oleh orang yang berjawatan tinggi dalam kerajaan harus dinyatakan dengan teliti untuk memudahkan rakyat menerima atau menolak kenyataan tersebut.hal ini demikian kerana rakyat juga berhak mengetahui apa di sebalik sesebuah pentadbiran negara.



AKTA PERHIMPUNAN AMAN 2012

Apa itu akta perhimpunan

Suatu Akta yang berhubung dengan hak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata dan memperuntukkan sekatan-sekatan yang tertentu perlu atau suai manfaat yang berhubungan dengan hak demi kepentingan keselamatan persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam termasuk perlindungan hak dan kebebasan orang lain di samping perkara-perkara yang berkaitan.




(Sebagai hiasan sahaja)
Tujuan akta dilaksanakan
·                     Membenarkan warganegara menganjurkan dan menyertai perhimpunan secara aman dan tanpa senjata dengan sekatan-sekatan tertentu demi kepentingan ketenteraman dan keselamatan awam.
·                     Bagi memastikan kebebasan individu untuk berhimpun secara aman selaras dengan hak yang termaktub dalam Perkara 10, Perlembagaan Persekutuan.



(sebagai hiasan sahaja)
·                     Mengelak berlakunya demonstrasi jalanan;
(Kanak-kanak bawah 15 tahun tidak dibenarkan menyertai perhimpunan)
·                     Menetapkan hak berhimpun tidak terpakai kepada bukan warganegara dan kanak-kanak (15 tahun ke bawah).
·                     Meliputi hak bukan sahaja kepada penganjur dan peserta untuk menyertai perhimpunan secara aman tanpa senjata malah turut mengambil kira kepentingan awam dan masyarakat setempat.
Peraturan atau tanggungjawab penganjur(hak untuk menganjur dan menyertai perhimpunan)
·                     Seksyen 2 APA 2012 memperuntukkan hak warganegara untuk menganjur dan menyertai perhimpunan secara aman tetapi tertakluk kepada sekatan tertentu bagi memastikan keselamatan negara serta perlindungan hak dan kebebasan orang lain.
·                     Fasal 4 APA 2012 menjelaskan hak untuk menganjur atau menyertai perhimpunan secara aman dan tanpa senjata tidak terpakai kepada:
1.                  Bukan warganegara.
2.                  Perhimpunan yang diadakan di tempat-tempatt larangan dan dalam jarak 50 meter daripada had tempat-tempat larangan.
3.                  Bagi bantahan jalanan.
4.                  Seseorang di bawah umur 21 tahun tidak boleh menjadi penganjur.
·                     Peruntukan Seksyen 6 APA 2012 (Akta 736), penganjur adalah bertanggungjawab terhadap perkara-perkara seperti berikut:
1.           Memastikan perhimpunan mematuhi APA 2012 dan undang-undang lain yang berkaitan.
2.           Memastikan penganjuran dan pengendalian perhimpunan tidak melanggar APA 2012,undang-undang bertulis yang lain atau apa-apa arahan yang dikeluarkan di bawah Akta tersebut.
3.           Memastikan penganjur atau mana-mana orang menyertai perhimpunan tidak melakukan perbuatan atau mengeluarkan kenyataan yang berbaur hasutan serta mengganggu ketenangan orang awam.
4.           Memastikan penganjur atau peserta perhimpunan tidak melakukan kesalahan di bawah undang-undang bertulis.
5.           Memastikan pembersihan tempat perhimpunan atau menanggung kos pembersihan tempat perhimpunan.
6.            Memastikan perhimpunan tidak akan menyebabkan kesusahan kepada orang awam.
7.            Bekerjasama dengan pihak berkuasa awam untuk memperuntukkan perkara-perkara yang berkaitan.
8.           Melantik beberapa orang yang perlu untuk bertanggungjawab bagi mengendalikan perhimpunan dengan teratur.
9.           Memastikan perhimpunan tidak akan membahayakan kesihatan atau menyebabkan kerosakan kepada harta dan alam sekitar.
10.        10.Fasal 9(1): Penganjur hendaklah memberi notis mengadakan perhimpunan kepada polis dalam masa 10 hari.
Peraturan atau tanggungjawab peserta

·                     Peruntukan seksyen 7 APA 2012 telah menggariskan tanggungjawab peserta yang menghadiri perhimpunan seperti berikut:
Seseorang peserta hendaklah;
1.                  Mengelak daripada mengendalikan atau menghalang mana-mana perhimpunan.
2.                 Tidak berkelakuan secara menyakitkan hati atau menggunakan kata-kata kesat terhadap mana-mana individu.
3.                 Tidak melakukan apa-apa perbuatan atau membuat apa-apa pernyataan atau apa-apa kecenderungan untuk mengembangkan perasaan jahat atau permusuhan di kalangan orang awam atau yang mengganggu ketenangan orang awam.
4.                 Tidak melakukan apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis di mana-mana perhimpunan.
5.                 Tidak menyebabkan kerosakan kepada harta benda.
6.                 Mematuhi arahan-arahan yang diberikan oleh polis, penganjur atau mana-mana orang yang dilantik oleh penganjur yang bertanggungjawab bagi mengendalikan perhimpunan yang teratur.
Kawasan perhimpunan
·                      Kawasan yang ditetapkan 
1.            Bagi kawasan-kawasan yang telah ditetapkan,mereka hanya perlu memberitahu pihak polis dan akan ada pihak berkuasa memantau keadaan perhimpunan di kawasan tersebut.
2.            Kawasan atau tempat yang tidak akan menjejaskan kepentingan awam seperti stadium dan kawasan lapang yang mana orang ramai boleh berhimpun.
·                      Kawasan yang tidak ditetapkan
1.            Bagi kawasan-kawan yang tidak ditetapkan, maka ia akan memerlukan tempoh 10 hari supaya pihak polis boleh berunding dengan masyarakat setempat untuk mendapatkan pandangan mereka.
Tempat larangan untuk perhimpunan
1) Empangan, takungan dan kawasan tadahan air.
2) Loji rawatan Air.
3) Stesen Penjana Elektrik.
4) Stesen Minyak.
5) Hospital.
6) Balai Bomba.
7) Lapangan Terbang. 
8) Landasan kereta api.
9) Terminal Pengangkutan Awam Darat.
10) Pelabuhan, terusan, limbungan, lembaga, jeti,jambatan dan marina.
11) Tempat ibadat.
12) Tadika dan sekolah.
Perhimpunan yang tidak perlu mendapatkan permit polis
1) Perhimpunan keagamaan.
2) Perarakan pengebumian.
3) Majlis perkahwinan.
4) Rumah terbuka semasa perayaan.
5) Pertemuan keluarga.
6) Hari keluarga yang diadakan oleh majikan  bagi mendapat manfaat pekerjanya dan keluarga mereka.
7) Mesyuarat tahunan dan persatuan. 

Perhimpunan yang boleh disertai oleh kanak-kanak
1) Perhimpunan keagamaan.
2) Perarakan pengebumian.
3) Perhimpunan berhubung dengan adat.
4) Perhimpunan yang diluluskan oleh Menteri.



Kesan-kesan tidak mematuhi peraturan perhimpunan terhadap negara



1) Politik negara akan menjadi goyah dan tidak stabil.
2) Menyebabkan pelabur luar keluar daripada melabur di negara ini.




3) Keselamatan negara terancam.
4) Peniaga dan pemandu teksi di kawasan yang terlibat kehilangan pendapatan. 
5) Harta benda awam seperi kereta,telefon dan lain-lain akan dirosakkan oleh peserta   perhimpunan yang tidak bertanggungjawab.
6) Perhimpunan akan bertukar menjadi tidak terkawal dan menyebabkan berlakunya rusuhan.


Rumusan


Rancangan pihak tidak bertanggungjawab untuk mengadakan perhimpunan secara besar-besaran di ibu negara pada 9 Julai depan bagi memperjuangkan agenda tertentu mereka, mendapat liputan meluas oleh media cetak dan elektronik sejak beberapa minggu lepas. Walaupun pihak berkuasa tidak mengeluarkan sebarang permit kepada mereka untuk berbuat demikian berasaskan pertimbangan daripada segi keselamatan dan ketenteraman awam, namun penganjur perhimpunan itu tetap berdegil untuk meneruskan niat mereka, tanpa mempedulikan hak orang lain untuk menjalani kehidupan dengan tenang dan selesa.
Sehingga kini, pelbagai pihak, bukan sahaja di ibu negara, tetapi juga dari seluruh negara telah menyuarakan bantahan dan membuat laporan polis mengenai perhimpunan haram yang akan diadakan itu. Ini termasuk peniaga, pemandu teksi, pihak berkuasa seperti polis, pemimpin kerajaan dan badan bukan kerajaan. Bagaimanapun, kumpulan pengacau ini tetap berdegil untuk meneruskan juga agenda mereka untuk turun berdemonstrasi di jalanan.



Kumpulan Pengacau


Kumpulan ini cuba menghalalkan tindak-tanduk mereka dengan menjadikan rakyat sebagai perisai, tanpa memikirkan kesan negatif yang akan timbul daripada tindakan mereka.   Perhimpunan haram yang berlaku di Thailand, Indonesia dan Timur Tengah jelas memperlihatkan impak negatif yang sangat besar terhadap kestabilan politik, perpaduan dan menjejaskan pertumbuhan ekonomi, selain merencatkan peningkatan kehadiran pelancong di negara terbabit.  Apa yang lebih membimbangkan, ada pihak luar yang mengambil kesempatan dan ini boleh menjejaskan imej negara di mata dunia.
Lebih malang lagi, tindakan tidak bertanggungjawab pihak pengacau itu turut membawa kesusahan terhadap golongan warga emas, wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa. Golongan peniaga juga akan terjejas teruk sehingga terpaksa menanggung kerugian besar ekoran rusuhan yang terjadi ketika kumpulan pengacau ghairah berdemonstrasi.



Gunakan Saluran Undang-Udang


Jika penganjur menyatakan tujuan perhimpunan haram ini untuk menuntut pilihan raya yang bersih, kenapa ia tidak dibawa mengikut saluran yang betul, iaitu menyerahkan kepada mahkamah atau menggunakan saluran undang-undang untuk menuntut atau menegakkan keadilan seperti yang diperjuangkan.  Malah, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sendiri telah menyatakan kesudian untuk mendengar tuntutan dan pandangan kumpulan pengacau ini.

Kesan Buruk


Ada yang berpandangan berhimpun itu suatu bentuk kebebasan yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan. Namun sejauh manakah keberkesanan pihak penganjur untuk menjamin demonstrasi yang dijalankan tidak akan mendatangkan kemudaratan kepada banyak pihak, khususnya rakyat di sekitar Kuala Lumpur. Jika kita amati, berdasarkan pengalaman lalu, perhimpunan seumpama ini telah mengundang terlalu banyak impak buruk kepada negara apabila demonstrasi dijalankan di jalanan. Pihak yang berkepentingan tentunya tidak meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan dalam hal ini. 
Kalau disoroti pengalaman dahulu, pihak berkuasa seperti polis dan pasukan anti rusuhan seperti FRU dilabel sebagai tidak berperikemanusiaan terhadap aktivis yang berdemonstrasi. Wartawan asing dan media yang menyokong agenda perjuangan parti tertentu ternyata membuat liputan berat sebelah apabila hanya menyiarkan sedutan rakaman yang menggambarkan pihak berkuasa bertindak ganas menghuraikan perhimpunan yang diadakan.  
Kerugian Jutaan Ringgit



Antara aspek yang perlu diberi perhatian oleh golongan yang degil ini adalah kerugian yang bakal ditanggung banyak pihak jika demonstrasi haram ini diteruskan. Presiden Persatuan Pemandu Teksi Lembah Klang, Datuk Aslah Abdullah mendakwa seramai 21,000 pemandu teksi di Lembah Klang akan mengalami kerugian RM3.2 juta sehari. Itu baru pemandu teksi. Bayangkan berapa besar jumlah keseluruhan kerugian yang terpaksa ditanggung golongan peniaga dan individu di sekitar lokasi yang disasarkan pihak berkenaan untuk berdemo? 
Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 3 Ogos 2009 melaporkan, peniaga di sekitar ibu negara menanggung kerugian sekurang-kurangnya RM100 juta akibat demonstrasi membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang didalangi oleh pihak yang sama sehari sebelumnya. Menurut Menteri Wilayah Persekutuan, Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang meninjau lokasi terbabit, anggaran awal jumlah kerugian itu dibuat berdasarkan aduan yang diterima daripada para peniaga. Peniaga di Lorong Tuanku Abdul Rahman sahaja, menanggung kerugian dianggarkan berjumlah RM3 juta. 
Soalnya, sanggupkah penganjur perhimpunan itu membayar pampasan dan kerugian kepada golongan peniaga ini? Atau, adakah pihak penganjur akan sekali lagi bersikap lepas tangan dan menyalahkan pihak berkuasa sekiranya berlaku rusuhan dan kerosakan harta benda awam  akibat kedegilan dan kerakusan kumpulan berkenaan.



Jangan Gadai Keharmonian Yang Ada


Biarpun mungkin kita saling berbeza pendirian politik, janganlah kita menggadaikan keharmonian dan keutuhan hubungan antara kaum yang terbina selama ini, demi mencapai matlamat politik sendiri melalui jalan singkat.
Hormatilah hak-hak rakyat yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan secara bersama. Menerusi Perlembagaan ini juga, kita dijamin untuk mengamalkan sistem demokrasi terpimpin. Justeru, tidak ada mana-mana individu mempunyai alasan yang lebih konkrit dan munasabah untuk menjadikan perhimpunan haram sebagai medium untuk menyuarakan ketidakpuasan hati, yang akhirnya akan membawa mudarat yang lebih besar kepada kestabilan politik, kesepaduan rakyat dan kedaulatan negara yang tercinta.
Tolaklah dan janganlah kita layani kumpulan pengacau yang hanya memperjuangkan kepentingan peribadi mereka.  Usahlah biarkan diri kita diperalat oleh golongan yang tidak tahu menghargai kestabilan dan keamanan negara ini semata-mata untuk mencapai matlamat mereka.
Kita rakyat di bumi tercinta, Malaysia tidak sanggup dijajah minda, apa tah lagi kuasa asing. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh – Malaysia tetap di hati biar, di mana kita berada
Rujukan
·                     Buku Ilmiah
1.           Mardiana Nordin,Hasnah Hussiin,Pengajian Malaysia,Edisi kelima,2014,Oxford Fajar Sdn.bhd
2.           Akta Perhimpunan Aman 2012,Bahagian Penerbitan Dasar Negara,Jabatan Penerangan Malaysia,Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan
3.           Norraihan Zakaria,Konsep Hak Asasi Manusia,2005,Dewan Bahasa dan Pustaka
·                     Akhbar
1.           Dewan Lulus Akta Perhimpunan Aman,Berita Harian,30 November 2011,m/s 4

2.           Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman Lulus,Utusan Malaysia,30 November 2011,m/s 1
·                     Internet
1.            http://pakreatif.blogspot.com/2011/07/kesan-demonstrasi-jalanan-1.html

No comments:

Post a Comment